Jawapan Huzur kepada Isu-Isu Harian – Bahagian 54: Enam kalima, keberkatan akhirat, mengulangi solat jenazah
Al-Hakam Jawapan Huzur kepada Isu-Isu Harian – Bahagian 54: Enam kalima, keberkatan akhirat, mengulangi solat jenazah 12hb Mei 2023 Kemas Kini Terakhir pada 12 Mei 2023 Terjemahan oleh Musa Bin Masran Panduan mengenai isu-isu asas Islam yang Hazrat Amirul Mumineen, Khalifatul Masih V (atba), telah berikan dalam pelbagai kesempatan dalam surat-menyurat bertulisnya dan semasa program MTA diterbitkan secara rasmi di bawah untuk manfaat semua orang. Enam kalima Seorang wanita menulis surat kepada Hazrat Amirul Mumineen, Khalifatul Masih V (atba), bertanya tentang bilangan kalimat, Jamaat Ahmadiyah Muslim percaya menurut syariah Islam dan mengakuinya sebagai dibuktikan sama ada oleh Al-Qur’an atau Hadis. Huzur-e-Anwar (atba), dalam suratnya bertarikh 21 March 2022, memberikan jawapan berikut kepada pertanyaannya: “Akidah Islam hanya satu dan ia dinyatakan melalui apa yang dikenali sebagai “al-kalimah at-tayyibah” atau “kalimah ash-shahadah”. Dalam al-kalimah a...