Berusaha untuk menjelmakan ajaran Islam dalam semua aspek' Huzur (atba), Waqifaat-e-Nau UK di Ijtema 2023
'Berusaha untuk menjelmakan ajaran Islam dalam semua aspek': bimbingan Huzur (atba) kepada Waqifaat-e-Nau UK di Ijtema 2023 29 April 2023 Kemas Kini Terakhir pada 30 April 2023 Baitul Futuh Masjid Baitul Futuh Terjemahan oleh Musa Bin Masran Pada hari Sabtu, 29 April, Hazrat Khalifatul Masih V, semoga Allah menguatkan tangannya, tiba di Masjid Baitul Futuh dan mengimamkan solat Zuhur dan Asar sebelum meneruskan ke Dewan Tahir untuk menyampaikan sesi penutup Waqifaat-e-Nau Ijtema UK. 2023. Setibanya, selepas menyampaikan salam kepada semua hadirin, Huzooraa menjemput Adeeba Sadaf Sahiba untuk membaca sebahagian daripada Al-Qur’an. Ayat yang dipilih ialah 37-38 Surah Aal-e-Imran. Rasheeqa Khan Sahiba membentangkan terjemahan bahasa Inggeris. Bushra Ghalib Sahiba kemudiannya dijemput untuk membacakan syair Urdu yang ditulis oleh Hazrat Musleh-e-Maud (ra) – Ehed shikni na karo, ehl-e-wafaa ho jao. Huzur (atba) kemudian meminta Dr Maleeha Mansur Sahiba, Seti...