Membimbing anak-anak kita dalam era digital
Dari The Markaz Membimbing anak-anak kita dalam era digital: Wanita Ahmadi dari Jerman bertemu dengan Hazrat Amirul Mumineen 3 Jun 2024 Terjemahan Musa Bin Masran Pada hari Ahad, 2 Jun 2024, sekumpulan ahli Lajna dan nasirat dari Cologne dan Bremen, Jerman, melawat Islamabad, Tilford, UK, dan mendapat penghormatan mulaqat bersama Hazrat Mirza Masroor Ahmad, Khalifatul Masih V (atba). Setibanya di studio MTA, Hadzur (atba) menyambut semua orang dengan salam dan menjemput mereka untuk duduk dengan senang hati, menggalakkan interaksi tidak formal dan bukannya program formal dan tersusun. Para peserta kemudian bertanya beberapa soalan, yang Hazrat Amirul Mumineenaa ditangani secara komprehensif. Sebab pelbagai agama Soalan pertama yang dikemukakan kepada Hadzur (atba) ialah mengapa terdapat agama yang berbeza di dunia dan bukannya hanya satu. Hadzur (atba) memulakan jawapannya dengan bertanya tentang tahap pendidikan gadis itu untuk mengukur pemahamannya dan kemudian ...