Majlis Ansarullah Kanada mengadakan syura dan ijtema tahunan

 Amerika UtaraKanada

Majlis Ansarullah Kanada mengadakan syura dan ijtema tahunan

8hb September 2023

Syed Mukarram Nazeer, Koresponden Kanada

Terjemahan Musa Bin Masran

Syura Majlis Ansarullah Kanada ke-29 dan ijtema tahunan ke-36 telah diadakan pada 18 hingga 20 Ogos 2023 di Kompleks Masjid Baitul Islam.

Pertandingan akademik diadakan secara beramai-ramai, dan pertandingan sukan diadakan di Taman Ahmadiyah dan Aiwan-e-Tahir. Sukan berasingan diadakan bagi saf-e-awwal (berumur 55 tahun ke atas) dan saf-e-dom (berumur 40-54) ansar.

Dua bengkel telah dijalankan mengenai "Perkahwinan Tepat Masa" oleh Setiausaha Tarbiyat Jamaat Kanada, Shahid Mansoor Sahib, dan "Kesihatan Mental dan Fizikal" oleh Dr Mahmood Nasir Sahib dan Dr Aleem Khan Sahib.

Pada petang Sabtu, Zaheer Khan Sahib dari UK menyampaikan ucapan mengenai topik rahmat Khilafat. Pada sebelah malam, sesi soal jawab telah diadakan dalam bahasa Urdu bersama Amir Jamaat Kanada, Lal Khan Malik Sahib, dan Zaheer Khan Sahib. Pada hari Ahad, sesi soal jawab telah diadakan dalam bahasa Inggeris bersama Amir Sahib Jamaat Kanada.

Sepasukan lapan ahli menyiarkan acara itu secara langsung di media sosial. 2,550 penonton mendapat manfaat daripadanya. Pada tahun ini, seramai 2,623 saudara ansar dari seluruh negara dapat menghadiri ijtima secara peribadi. Selain itu, 201 tetamu turut menghadiri majlis tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Pada Majlis Ijtema Khuddam-ul-Ahmadiyya Pertama

Hanya dalam Islam kita dapati piawaian keadilan mutlak

Majlis Ansarullah USA bertemu Hadzur (atba) di Islamabad