Forum keamanan dihoskan oleh Majlis Ansarullah Wilayah Masroor, UK
Forum keamanan dihoskan oleh Majlis Ansarullah Wilayah Masroor, UK
8 September 2023
Ihsan Ullah, Nazim Tabligh, Majlis Ansarullah, Wilayah
Masroor, UK
Terjemahan Musa Bin Masran
Majlis Ansarullah UK, Wilayah Masroor, telah berjaya
menganjurkan forum damai pada 27 Ogos 2023, dengan tumpuan utama untuk
membincangkan cara untuk mewujudkan keamanan yang berkekalan. Acara itu
diadakan di Gereja Ruskin Drive di Worcester Park.
Forum dimulakan dengan bacaan Al-Qur’an dengan terjemahan
bahasa Inggerisnya, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Ayub Nadeem Sahib,
yang menyampaikan salam mesra kepada para peserta dan menekankan kepentingan
berkumpul untuk membincangkan topik keamanan dunia. Seorang penceramah jemputan
terkenal, dari Khalsa Center Tooting, turut berucap kepada hadirin. Ucapan
beliau menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai
dalam usaha mencapai keamanan. Perspektif beliau menawarkan pandangan yang berharga
untuk memupuk persefahaman dan kerjasama di kalangan kumpulan yang berbeza.
Hafiz Mashood Ahmad Sahib, seorang mubaligh, menyampaikan
ucapan yang memfokuskan kepada dimensi rohani dan moral untuk mencapai
kedamaian dalam cahaya kehidupan yang diberkati Nabi (saw).
Acara itu juga termasuk sesi soal jawab interaktif di mana
para hadirin berpeluang untuk melibatkan diri dengan penceramah. Segmen ini
memudahkan penerokaan lebih mendalam tentang tema yang dibincangkan di seluruh
forum.
Forum damai diakhiri dengan doa senyap. Para hadirin
digalakkan untuk merenungkan pandangan yang dikongsi semasa acara itu dan
membawanya ke hadapan dalam kehidupan peribadi dan interaksi mereka.
Majlis itu dihadiri 32 ahli, antaranya lima tetamu bukan
Ahmadi turut serta.
Comments
Post a Comment