Adakah orang Islam dibenarkan menyambut hari lahir? Hazrat Khalifatul Masihi V (atba)

 Adakah orang Islam dibenarkan menyambut hari lahir?

14 Januari 2022

Terjemahan oleh Musa Bin Masran

Kemas Kini Terakhir pada 15 Januari 2022

Nazim Dar-ul-Qaza Qadian menulis surat kepada Hazrat Amirul Mumineen, Khalifatul Masih V (atba) dan bertanya tentang […] meraikan hari lahir anak-anak kecil dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain di media sosial.

Huzur (atba), dalam suratnya bertarikh 20 Oktober 2020, memberikan jawapan berikut:

“[…] Tidak salah meraikan hari lahir anak-anak dan memotong kek di dalam rumah bersama ahli keluarga dengan cara yang tidak melibatkan sebarang bid’ah, atau pemborosan, atau sebarang perbuatan yang tidak Islamik. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, seseorang juga harus bersedekah di jalan Allah dan anak-anak harus diarahkan untuk bernawafil pada hari ini untuk bersyukur kepada Allah Taala kerana memberi mereka kehidupan yang sihat dan memohon rahmat-Nya [ fazl] untuk kehidupan seterusnya.”

Comments

Popular posts from this blog

Pada Majlis Ijtema Khuddam-ul-Ahmadiyya Pertama

Hanya dalam Islam kita dapati piawaian keadilan mutlak

Majlis Ansarullah USA bertemu Hadzur (atba) di Islamabad