Menyebarkan mesej keamanan: Hari Tabligh Kebangsaan disambut di seluruh Kanada

  

 

Menyebarkan mesej keamanan: Hari Tabligh Kebangsaan disambut di seluruh Kanada

AlHakam

21hb April 2023

Kemas Kini Terakhir pada 21 April 2023

Terjemahan oleh Musa Bin Masran

Syed Mukarram Nazeer, Koresponden Kanada

Jamaat-e-Ahmadiyya Kanada mengadakan Hari Tabligh Kebangsaan pada 19 March 2023. Dalam acara ini, ahli-ahli melawat komuniti, pekan dan bandar yang ditugaskan kepada mereka. Setibanya di sana, mereka mengedarkan risalah “Teroka Islam” dengan mengetuk pintu dan bercakap kepada penduduk. Jamaat-e-Ahmadiyya Kanada melancarkan “Kempen Explore Islam” pada Disember 2022. Tujuannya adalah untuk mendidik tentang ajaran Islam yang sebenar, persamaannya dengan agama lain, ciri-cirinya yang tersendiri, dan bagaimana mereka membawa kepada kehidupan yang aman, tenang, dan pemenuhan. Lebih 126 tempat seperti itu telah dilawati setakat ini.

Hari Tabligh dimulakan dengan ahli berkumpul di masjid tempatan masing-masing untuk solat Tahajjud berjamaah.

Ahli-ahli dari wilayah British Columbia mengambil bahagian dengan penuh semangat dalam acara ini. Kawasan yang ditugaskan ke rantau ini termasuk Jamaat Aldergrove, dan bandar Abbotsford, Mission, Chilliwack, Prince George, dan Victoria. Ramai ahli Lajna turut menyertai keluarga masing-masing untuk pengedaran risalah. Sebanyak 1,200 risalah telah diedarkan di seluruh Wilayah.

Memfakskan surat untuk berdoa kepada Hazrat Amirul Mumineen (atba) memulakan aktiviti Hari Tabligh untuk Brampton East Imarat. Kawasan yang diberikan termasuk kampung Dundalk, Jamaat Elora, dan bandar Fergus, Georgetown, Shelburne, dan Stayner. Sekitar jam 11 pagi, semua ahli yang mengambil bahagian berkumpul di tempat yang ditetapkan masing-masing. Mereka menunaikan berdoa berjamaah dan bertolak ke destinasi yang ditetapkan. Majlis berakhir kira-kira jam 4 petang. Ahli-ahli dari semua organisasi tambahan mengambil bahagian. Seramai 87 ahli telah mengambil bahagian dan kira-kira 2,000 risalah telah diedarkan. Seorang penduduk Dundalk berkata, “Saya mempunyai ramai kawan Muslim, dan saya sedar bahawa salah faham tentang Islam berleluasa pada zaman sekarang. Namun, saya ucapkan selamat maju jaya dengan kerja awak”. Apabila menerima risalah "Teroka Islam", seorang guru bahasa Perancis di Lembaga Sekolah Daerah Peel mengulas bahawa dia sedang melakukan program serupa di sekolahnya dan maklumat pada risalah ini akan membantu.

Kira-kira 150 ahli Brampton West Imarat berkumpul di Masjid Mubarak pada pukul 9 pagi. Pekan yang berada dalam jarak 2 jam perjalanan dari masjid. Ramai orang menyebut bahawa mereka pertama kali menerima risalah Islam.

Secara keseluruhan, lebih 66,100 risalah telah diedarkan di seluruh Kanada dalam 116 Jamaat oleh 1,900 sukarelawan dalam masa satu hari sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Pada Majlis Ijtema Khuddam-ul-Ahmadiyya Pertama

Hanya dalam Islam kita dapati piawaian keadilan mutlak

Majlis Ansarullah USA bertemu Hadzur (atba) di Islamabad