Perbezaan Ahmadiyah Dengan Yang Lain
Perbedaan Ahmadiyah
Jika demikian lalu
apa perbedaan yang mendasar yang membezakan pengikutnya dari umat Islam
lainnya? Apakah perbezaannya hanya terbatas pada penerimaan kepada dakwah Al-Masih
semata, atau ada perbezaan yang lain? Jawabannya adalah:
Ahmadi Muslim adalah Muslim yang
percaya kepada Almasih Yang Dijanjikan seperti yang diperintahkan oleh
Rasulullah saw.
Pada tahun 1880-an Hazrat Mirza
Ghulam Ahmad mendakwakan dirinya sebagai Isa Al-Masih yang Dijanjikan dan Imam
Mahdi atas perintah Allah SWT. Bagi semua Umat Islam, adalah sangat penting
untuk memahami misi beliau, sebagaimana yang telah dinubuwahkan oleh Rasulullah
saw.
Hazrat Mirza Ghulam Ahmad telah
melakukan pengkhidmatan yang tak ternilai tidak hanya bagi agama Islam, tetapi
untuk semua manusia pada umumnya, berupa sangahan-sanggahan yang kuat terhadap
akidah-akidah yang salah. Tetapi akibat dari ini, para pengikut beliau masih
terus dianiaya oleh segolongan Ulama dan para pengikut mereka.
Pada 23hb March 1889, Hazrat Mirza
Ghulam Ahmad, Al Masih dan Mahdi yang Dijanjikan (as) mendirikan Jamaat
Ahmadiyah Muslim atas perintah Allah swt. Tujuan utamanya adalah untuk
membangun kembali kemurnian dan keindahan Islam. Pada awalnya beliau hanya
sendiri, dengan sumber daya duniawi yang terbatas, hanya beberapa orang yang
menanggapi dakwah beliau. Sementara lawan-lawan beliau yang kuat telah
menebarkan badai permusuhan yang belum pernah terjadi sebelumnya.
Di masa-masa ujian
tersebut, Allah Yang Maha Kuasa menolong beliau dengan dukungan samawi berupa
wahyu: Aku akan sebarkan tabligh ke engkau ke segala penjuru dunia.
Hari ini, ada sebuah yang terorganisir dan maju dengan pengikut puluhan juta
orang yang tersebar ke lebih 220 negara dunia termasuk Malaysia. Mereka
sekarang dipimpin oleh Khalifah Kelima, Hadhrat Mirza Masroor Ahmad.
Adalah suatu karunia bahwa melalui
Hadhrat Masih Mau’ud (Al-Masih yang Dijanjikan) (as), sebagaimana dinubuwahkan
oleh Rasulullah saw revolusi rohani di akhir zaman mendapatkan momentumnya di
seluruh dunia. Ini adalah misi Ilahi yang ditakdirkan untuk berhasil. Tiada
yang bisa menghalangi derap kemajuannya, Insya Allah.
LOVE FOR ALL HATRED FOR NONE
Oleh A. Abdul Azis, dari Sri Lanka
Asian Tribune, 4hb Mei 2008
Terjemahan Musa Bin Masran
Discliamer: Blog ini kepunyaan Musa Bin Masran sendiri, Penterjemah bebas yang memuatkan hasil penterjemah sendiri dan sembarang kesilapan dan kekurangan dalam penterjemahan adalah penterjemah sendiri. Dan blog ini bukan ofisial web atau media rasmi Jamaat Ahmadiyah. Blog ini berusaha menyajikan bahan-bahan bacaan yang terbaik pernah terbit menurut penterjemah untuk disajikan kepada pembaca blog ini sendiri dan pencinta buku dan pengikut rajin blog ini.*Tiada bahagian terjemahan ini boleh diterbitkan semula atau digunakan dalam sebarang bentuk atau oleh apa-apa cara grafik, elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman, penyalinan atau penyimpanan maklumat dan sistem pengambilan tanpa kebenaran Penterjemah atau yang punya blog ini.
Comments
Post a Comment