Menjelaskan Tuduhan-Tuduhan Kepercayaan Dan Akidah Ahmadi Muslim

 Menjelaskan tuduhan kepercayaan dan akidah Ahmadi Muslim. Semoga ini dapat menjawab kekeliruan dan tuduhan-tuduhan yang tidak benar tentang Ahmadi Muslim.

1.     Hz Abu Hurairah ra meriwayatkan, Nabi saw bersabda

“Silakan mengajukan pertanyaan”, tetapi (para sahabat) malu-malu untuk bertanya, sementara itu seorang pemuda datang dan duduk dihadapan Nabi Suci saw dan bertanya: ‘Apa itu Islam?” Rasulullah saw bersabda: ‘Tidak menyekutukan Allah SWT , mendirikan solat, membayar zakat dan melaksanakan puasa di bulan Ramadan, lalu orang tersebut mengatakan: ‘Engkau mengatakan kebenaran’. (Muslim – Kitabul Imaan)

2.              Nabi Muhammad saw bersabda: ‘Barangsiapa yang solat sebagaiman solat kita, menghadap kiblat kita, dan makan sembelihan kita maka dia adalah muslim yang berada dalam naungan Allah dan Rasul-Nya, maka janganlah kamu menggugat lindungan Allah dalam hal ini (Bukhari – Kitabus Salat, Baab – Fadhl Istiqbal lil Qiblah)

3.              Kami, Ahmadi Muslim meyakini semua ajaran Islam, sebagaimana yang terkandung di dalam Al-Qur’an, Sunnah dan Hadits Rasulullah saw.

4.              Kami beriman kepada enam Rukun Iman yang dijelaskan di dalam Al-Qur’an dan dijabarkan berupa sabda Rasulullah saw.

Kami, sebagai Ahmadi Muslim beriman kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa, beriman kepada Malaikat-Malaikat, beriman kepada semua Kitab Suci yang diturunkan Allah kepada para Nabi, walaubagaimana pun Al-Qur’an lah satu-satunya kitab yang bebas dari perubahan akibat campur tangan manusia.

Al-Qur’an adalah kitab yang terakhir dan petunjuk yang kekal. Kami beriman kepada semua Nabi yang Allah Ta’ala utus untuk membimbing umat manusia. Rasulullah saw adalah penghulu dan pemimpin semua nabi. Beliau saw membawa syariat terakhir dan Beliau saw adalah manusia yang paling sempurna.

Kami beriman kepada Hari Penghakiman sebagai sesuatu yang tak diragukan lagi. Kami beriman kepada Takdir Allah. Allah adalah pemilik semua kekuatan, dan kami memiliki keimanan yang teguh terhadap segala ketentuan Allah.

Kami menjalankan Rukun Islam: (1) Bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya (Kalimah syahadat) (2) Mendirikan solat (3) Membayar zakat (4) Melaksanakan puasa di bulan Ramadan (5) Menunaikan ibadah haji ke Baitullah.

Rasulullah saw menubuatkan tentang akan datangnya Mujadid Agung (iaitu Almasih dan Imam Mahdi) di akhir zaman untuk kebangkitan Islam. Kami percaya Hadhrat Mirza Ghulam Ahmad dari Qadian adalah Almasih dan Imam Mahdi yang dijanjikan tersebut. Beliau datang sesuai dengan yang dinubuwahkan oleh Rasulullah saw, yang juga memerintahkan kepada setiap Muslim untuk mengenali Almasih dan berbaiat kepadanya. Hazrat Mirza Ghulam Ahmad (1835-1908) mengikuti dan mengajarkan agama yang sama dengan yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

 Discliamer: Blog ini kepunyaan Musa Bin Masran sendiri, Penterjemah bebas yang memuatkan hasil penterjemah sendiri dan sembarang kesilapan dan kekurangan dalam penterjemahan  adalah penterjemah sendiri. Dan blog ini bukan ofisial web atau media rasmi Jamaat Ahmadiyah. Blog ini berusaha menyajikan bahan-bahan bacaan yang terbaik pernah terbit menurut penterjemah untuk disajikan kepada pembaca blog ini sendiri dan pencinta buku dan pengikut rajin blog ini.*Tiada bahagian terjemahan ini boleh diterbitkan semula atau digunakan dalam sebarang bentuk atau oleh apa-apa cara grafik, elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman, penyalinan atau penyimpanan maklumat dan sistem pengambilan tanpa kebenaran Penterjemah atau yang punya blog ini.


Comments

Popular posts from this blog

Pada Majlis Ijtema Khuddam-ul-Ahmadiyya Pertama

Hanya dalam Islam kita dapati piawaian keadilan mutlak

Majlis Ansarullah USA bertemu Hadzur (atba) di Islamabad