TERKINI: IAAAE mesti bersedia untuk membina semula dunia:Hazrat Khalifatul Masih V berucap pada Simposium IAAAE 2022 5 March 20220
Terjemahan bebas: Musa Bin Masran TERKINI: IAAAE mesti bersedia untuk membina semula dunia: Hazrat Khalifatul Masih V berucap pada Simposium IAAAE 2022 5 March 20220 Kemas Kini Terakhir pada 5 March 2022 Islamabad, UK, 5 March 2021: Pada 6:38 petang, Hazrat Khalifatul Masih V atba tiba di Dewan Masroor, Islamabad, UK, untuk sesi penutup Simposium Antarabangsa The International Association of Ahmadi Architects & Engineers’ (IAAAE) 2022. Selain di Islamabad, UK, ahli IAAAE yang lain menyertai sesi penutup melalui penstriman langsung MTA. Ini termasuk ahli dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Jerman, India, Nigeria, Tanzania, Sepanyol dan Switzerland. Selepas kedatangan Hazrat Amirul Momineen, Abdul Razzaq Shaikh telah dipanggil untuk membaca sebahagian daripada Al-Quran, Surah an-Nur, Bab.24: ayat.36, diikuti dengan terjemahan bahasa Inggeris. Laporan simposium tersebut telah dibentangkan oleh Rafay Zafar Sahib yang bercakap mengenai pembentangan siaran lang...